Wise man said, "Don't trade alone,,,spread the word. Focus on learning a simple system and then trade it with confidence and discipline and you are on the road to forex trading success and a great second income".
Thursday, January 13, 2011
Team Kuda Central
Salam…
Tread kali ini adalah tribute utk TKC iaitu Team Kuda Central.
Untuk pengetahuan semua, saya adalah pengguna tegar system "xXxtreme" yang diperkenalkan oleh "Secret Success Management" atau dikenali juga dengan nama Team Kuda. Mr Jazz adalah cikgu/wakil bagi kawasan tengah berpusat di Bandar Equine Park.
Oppss!! Jangan salah faham, saya bukan nak promosi atau menjual system sebab saya bukannya ada http://www.share.perjanjian.komisen.gaji.elaun @teamkudacentral.com pun tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman . Kalau dah sesuatu tu bagus, kita kena ler kata bagus dan begitu juga sebaliknya. Memang kat luar tu banyak orang yang jual System, EA, Indicator dan sebagainya dan tak terkecuali juga dengan Team Kuda yang turut menjual system ini. Sesiapa yang sudah lama dalam bidang forex ni pasti setuju yang tak ada mana2 Sistem, Ea atau Indicator pun dalam dunia ni yang 100% tepat. Oleh itu menjadi kesilapan dan kesalahan besar diri sendiri jika kita menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab MEMOREX kepada system atau EA yang dibeli sebaliknya kita perlu membuat keputusan sendiri apabila hendak membuka position.
Balik kepada sistem yang dikenali sebagai xXtreme, ianya perlu dijalankan secara manual dan bukannya secara auto, maknanya kita kena duduk depan computer dan execute system dengan penuh rasa tanggungjawab. Maknanya untung atau rugi adalah tanggung jawab kita sendiri dan bukannya system atau orang lain. Sebab itulah orang dulu-dula kata, belajar kena ada CIKGU. Tak faham BERTANYA. Rajin buat LATIHAN. Belajar dari KESILAPAN. Dalam ertikata lain, jangan asyik MENUNDING jari, jangan sibuk cari KESALAHAN orang, jangan BODOH SOMBONG dan jangan SYOK SENDIRI……tu jer.
Kelebihannya system ini dapat menunjukkan bila masa sesuai untuk buka post dan bila masanya kita perlu duduk diam. Satu yang saya suka system ini adalah ianya mengajar kita mendisiplinkan diri sebab kita hanya trade bila ada signal sahaja, kalau tak ada signal tu duduk jer diam-diam dan jangan buat apa-apa walaupun dalam hati meronta-ronta nak buka position dan tangan tu rasa gatal-gatal jer nak tekan keyboard.
Kesimpulannya, bila ada sahaja signal kita memang boleh hasilkan paling kurang 50pip dan paling tinggi saya pernah capai ialah 100pip (orang lain yang dah master mungkin lebih) dalam masa yang singkat. Itulah salah satu dari kelebihan "xXxtreme".
Lampiran dibawah adalah contoh bagaimana 100USD++ dihasilkan dalam masa 1 ½ jam dengan syarat kita buka position bila ada SIGNAL sahaja yer….jika langgar pantang, tanggung sendiri.
Lampiran 1.0
p/s: TKC atau Team Kuda Central yang diterajui oleh Mr Jazz pada pandangan saya adalah yang terbaik yang pernah saya temui. Sebagai cikgu, Mr Jazz sentiasa berkongsi pengalaman dan penemuan beliau dan trade dilakukan secara live setiap hari JUmaat di Mc D Equine Park…..secara LIVE!!!
