Salam...
Mohon maaf kepada mereka yang mengikuti perkembangan testing EA kerana lama sangat saya tak update result di blog. Banyak sangat perkara baru dan menarik berlaku sejak selepas hari raya antaranya berkaitan EA, Indikator dan Sistem. Terima kasih kepada mereka2 yang telah memberi EA, Indi dan Sistem untuk saya cuba dan kongsikan bersama resultnya di sini.
Mohon maaf juga kerana terpaksa menghentikan percubaan EA yg pernah saya postkan di blog ini untuk memberi ruang kepada indikator dan sistem lain yang saya sedang cuba sekarang ni. Kesimpulannya, pada pandangan peribadi saya...EA masih boleh mendatangkan keuntungan "minima' dalam jangkamasa panjang dengan syarat setting mestilah memenuhi syarat2 asas trading seperti mesti ada stop loss (1:3) dan money mangement 5%. Selain dari itu, kita masih perlu cuba fahami dan fikir bagaimana cara EA ini bekerja dan apa sebenarnya programmer EA cuba sampaikan.
Seterusnya saya nak kongsikan satu lagi indi yang agak baik dan menarik kerana indi ini bekerja mengikut 'trend' semasa. Indi ini dikenali sebagai "SUGUS TREND" dan penciptanya telah dengan bermurah hati memberikan secara percuma kepada mereka2 yang ingin mencuba. Anda boleh layari link ini, http://semua2ada.com/libonline/uploads/Onlinelibrary/how_to_trade_sugus.pdf untuk mendapatkan e-book dan hubungi beliau di sugus_trader@yahoo.com mendapatkan untuk indi ini.
Saya bercadang nak gunakan indi Sugus bersama-sama dengan sistem "basket trading" yang baru saya perolehi. Dalam proses tersebut, sebarang pandangan dan cadangan dari pihak pembaca amatlah dialu-alukan dan semoga apa yang kita temui nanti dapat dimanafaatkan bersama.