Saturday, September 4, 2010

EA testing

Salam,


Atas permintaan salah seorang sahabat, minggu ini saya habiskan masa utk 'fine tune' dan test EA di acct demo dan real. Menurut kata sahabat ni, kemungkinan besar dia dah kena tipu sebab bila  run jer EA ni  di real account , tak sampai 1 hari terus kena SO. Bila sahabat ni refer balik kepada penjual EA ni, mula la seribu satu alasan yang diberi. Kesian sahabat saya ni, dengar kata beribu juga dia habis untuk bayar EA dan ini tak termasuk bayaran2 lain yang tak munasabah yang cuba dikenakan oleh si penjual.


Jadi atas permintaan beliau dan atas dasar membantu dan dengan apa yang saya tahu serba sedikit ni, maka EA ini telah di 'fine tune' mengikut kesesuaian currency dan setting seperti 'stop loss', 'equity' dan 'margin'. Saya tak teruja sangat dengan keputusan yang diperolehi kerana tempoh percubaan di real acct baru genap seminggu. Paling kurang kena sebulan test baru bole saya buat kesimpulan. Minggu depan dah sibuk nak RAYA, so apa2 pun saya sambung lepas RAYA nanti dan kongsikan result di sini. Segala cadangan dan komen membina ...dipersilakan.


Berikut adalah keputusannya;


Start: 30.08.10 hingga 03.09.10 (Selasa malam sehingga Jumaat malam) 


1.1 Terminal Meta Trader


1.2 Ringkasan dalam format Excel





Summary


Total Trade: 56 trades
Losing trade: 21 trade
Winning trade: 35 trade


Losing %: 37.50%
Winning %: 62.50%


Average win to loss, 2:1       (nisbah ini amat penting!!!)


Period: 1 week
Profit (usd): 318.52


Memandangkan minggu depan saya dah nak start cuti, lepas raya nanti saya sambung dan keputusan akan dikongsikan bersama2 di sini.




"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"
















P. Ramlee - Suara Takbir