Saturday, August 28, 2010

Salam,


Soalan lazim yang kita selalu dengar dari novice trader ialah berapa banyak kita boleh untung jika melabur dalam forex. Ini adalan soalan yang amat baik kerana jika proses pelaburan forex yang kita praktikkan dapat membuat  keuntungan yang diperolehi secara konsistan, berterusan dari satu hari ke satu bulan dan seterusnya ke tahun maka ini bermakna forex boleh mambawa keuntungan.




TETAPI apa yang penting sekali sebenarnya dalam keseluruhan proses tersebut adalah bagaimana untuk 'survival' (menguruskan kerugian). Matlamat utama dalam pelaburan forex adalah 'survival' dan hanya apabila kita berjaya dalam matlamat menguruskan kerugian ini, keuntungan akan sendirinya terhasil.


Perkara pertama yang harus difahami oleh mana-mana trader sekalipun adalah bagaimana untuk membina skill survival ini. Skill ini menjadi perkara WAJIB terutamanya kepada mereka yang melabur dengan modal yang kecil.


Asas pertama adalah menetapkan 'Stop Loss'. Sekadar berkongsi, saya telah terjumpa satu 'tools' iaitu kalkulator yang akan membuat pengiraan secara automatik seperti 'risk %', 'stop loss', 'margin', 'lot size' dan 'margin call' berdasarkan input yang kita masukkan. 


Linknya adalah http://www.forex-money-management.com/forex_risk_calculator/07/

Diharapkan maklumat ini dapat membantu anda memahami seterusnya membantu menguruskan kerugian seterusnya disusuli dengan membuat keuntungan.




"terdapat perbezaan yang amat ketara bagi traders yang mengambil risiko 2% dan risiko 10%"