Thursday, July 8, 2010

Forex = Skim Cepat Kaya = Berjudi

Salam,


Pagi ini German Vs Sepanyol utk peringkat suku akhir. Saya terbaca di surat khabar yang bookie bola sepak buat keuntungan puluhan malah jutaan ringgit sebab ramai yang bertaruh Brazil & Argentina akan ke separuh akhir tetapi nampaknya ramalan tersebut tersasar dan akibatnya ramai lah yang ingin kaya cepat telah kecewa.


Bagaimana dengan Forex?  Baru ni seorang kawan datang berjumpa saya dan kawan ni berminat dengan me'morex ni. Kata kawan saya tu, sekarang ni dia ada RM200.00 dan hujung bulan ni dia nak pindah jadi nak la pakai duit sikit, so dia minta tunjukkan bagaimana cara nak jadikan RM200.00 tu kepada RM2000.00 dalam masa sebulan. Rupa-rupanya selama ini kawan saya ingatkan forex ni salah satu cara nak CEPAT KAYA....adusss.


Hakikatnya, hanya 5-10% sahaja yang berjaya dalam forex (menurut sumber). Pendapat saya, forex juga akan sama dengan skim cepat kaya dan berjudi jika kita main buka saja post lepas tu berharap nasib akan sebelahi kita. Sekali dua mungkin bernasib baik, tapi saya belum jumpa lagi manusia yang sentiasa bernasib baik. Sebab itu kena ada indikator yang membantu kita membuat keputusan kerana setiap indi itu terdapat perkiraan disebaliknya seperti RSI, pivot point, stockh dan sebagainya.


Kesimpulannya, money mangement sahaja tidak akan membantu jika kita tidak mempunyai sistem yang baik dan bersesuaian. Pada saya, asasnya ialah 3E.


1. Education - cari ilmu sebanyak yg boleh, belajar dari mereka yg senior atau sumbersumber lain.
2. Exercise - selalu berlatih menggunakan indi atau ea untuk memahami peel pair dan kesesuaian indi.
3. Excess money - hanya gunakan wang yang berlebihan atau erti kata lain yang anda sanggup hilang.


So, marilah kita berkongsi sebarang maklumat dan ilmu yang ada bersama-sama....nak kongsi duit pun boleh bak kata penyamun dalam Nujum Pak Belalang ni.



"trend is your friend"