Monday, July 26, 2010

FxMalay Air Freshner - "segarkan udara anda dan kembalikan semangat juang"


Salam,

Anda lesu...tidak bermaya...segarkan udara anda. Saya tengok banyak dah souvenir kita dapat dari FX Malay tiap kali attend family day, annual dinner dan sebagainya cam paper bag, t-shirt, pen, sticker dan macam-macam lagi lah.

So ini ada cadangan baru kepada admin Fx Malay...apa kata kita tambah satu lagi souvenir generasi baru yang pastinya membawa kesegaran kepada traders2 yg kepenatan dan kelesuan setelah berjam2 mengadap skrin PC masing2.....Oiii!!! Macam2 bau ada......ada 23 bau-bauan wehh...CK, Green Apple, Strawberry, Lemon dan sebagainya. Atas kesedaran ini, saya dah come out dengan design utk air freshner ni yg boleh digantung di dalam keta, bilik malah di komputer anda untuk menambahkan kesegaran dan mengembalikan semangat juang semasa trade.

Cuma skrg baru peringkat cadangan...lom pun submit ke admin utk dapatkan approval dari admin Fx Malay, tapi saya percaya jika ramai yg sokong tentu admin Fx Malay tak keberatan nak tambah Air Freshener ni dlm senarai souvenir tahun ini. Don't worry, ini custom design and cutting, saya boleh buat any design dan any shape....  


Photo 1: Design cover bahagian luar dan design air freshner.
Photo 1: Design cover bahagian dalam.


Tapi ini semua bergantung kepada admin FxMalay utk beri approval......


boleh ke Tn. Admin FxMalay approve cadangan dan design ini?


"BILA LAGI FX MALAY NAK SUPPORT MEMBERS SETELAH SEKIAN LAMA KAMI SUPPORT FX MALAY....HI HI"

Thursday, July 8, 2010

Forex = Skim Cepat Kaya = Berjudi

Salam,


Pagi ini German Vs Sepanyol utk peringkat suku akhir. Saya terbaca di surat khabar yang bookie bola sepak buat keuntungan puluhan malah jutaan ringgit sebab ramai yang bertaruh Brazil & Argentina akan ke separuh akhir tetapi nampaknya ramalan tersebut tersasar dan akibatnya ramai lah yang ingin kaya cepat telah kecewa.


Bagaimana dengan Forex?  Baru ni seorang kawan datang berjumpa saya dan kawan ni berminat dengan me'morex ni. Kata kawan saya tu, sekarang ni dia ada RM200.00 dan hujung bulan ni dia nak pindah jadi nak la pakai duit sikit, so dia minta tunjukkan bagaimana cara nak jadikan RM200.00 tu kepada RM2000.00 dalam masa sebulan. Rupa-rupanya selama ini kawan saya ingatkan forex ni salah satu cara nak CEPAT KAYA....adusss.


Hakikatnya, hanya 5-10% sahaja yang berjaya dalam forex (menurut sumber). Pendapat saya, forex juga akan sama dengan skim cepat kaya dan berjudi jika kita main buka saja post lepas tu berharap nasib akan sebelahi kita. Sekali dua mungkin bernasib baik, tapi saya belum jumpa lagi manusia yang sentiasa bernasib baik. Sebab itu kena ada indikator yang membantu kita membuat keputusan kerana setiap indi itu terdapat perkiraan disebaliknya seperti RSI, pivot point, stockh dan sebagainya.


Kesimpulannya, money mangement sahaja tidak akan membantu jika kita tidak mempunyai sistem yang baik dan bersesuaian. Pada saya, asasnya ialah 3E.


1. Education - cari ilmu sebanyak yg boleh, belajar dari mereka yg senior atau sumbersumber lain.
2. Exercise - selalu berlatih menggunakan indi atau ea untuk memahami peel pair dan kesesuaian indi.
3. Excess money - hanya gunakan wang yang berlebihan atau erti kata lain yang anda sanggup hilang.


So, marilah kita berkongsi sebarang maklumat dan ilmu yang ada bersama-sama....nak kongsi duit pun boleh bak kata penyamun dalam Nujum Pak Belalang ni.



"trend is your friend" 



 

Thursday, July 1, 2010

World Cup 2010

Calling all German supporters!!!

Webfetti.com



"We Are The Champion"