Saturday, June 19, 2010

Green pips all the way.......

Salam,

Semalam, Jumaat 18hb saya berpeluang bertemu dgn isteri 'Azizi Ali' pengarang buku 'Jutawan Dari Planet Jupiter' juga merupakan mentor dan fasilitator yg sering memberi ceramah bagaimana untuk menguruskan keewangan seterusnya bebas dari masalah keewangan.

Walaupun tak dapat berjumpa secara terus dgn Azizi, tetapi peluang berdialog dgn isteri beliau itu pun tak kurang menariknya. So segala persoalan yg terpendam selama ni setelah membaca beberap siri buku beliau akhirnya terjawab sedikit sebanyak terutama sekali tentang adakah beliau (Azizi) sendiri mempraktikkan apa yg beliau tulis dlm buku2nya. Kesimpulannya 'YA' dan ini disahkan oleh isterinya, Azlyn (Olin). Asasnya adalah "MONEY MANAGEMENT", satu perkataan yg kita sebagai pemain forex selalu dengar samada dari mahaguru masing2 atau kengkawan, TETAPI tak semua yg patuh termasuklah pemberi nasihat tu....SETUJU? 


Tanya ler sesiapa pun dlm bidang forex ni, it's easy to said than done. 


Saya pun dulu langgar juga pantang dlm money management ni, tetapi akhirnya terpaksa juga mengaku yg hanya dengan mempraktikkan money management sahaja kita dapat survive dlm permainan forex ini dan memperoleh keputusan seperti di bawah.










Anda ingin tahu bagaimana caranya? Saya akan kongsi di post saya yg seterusnya.


"Biar sedikit tetapi berterusan daripada berpikul-pikul lepas tu terus terlungkup"

2 comments:

MyDamai said...

salam..
teruskan coretan forex paklang.. sy berminat membacanya utk menambah ilmu di dada. Izinkan sy mempraktikkan apa2 sahaja perkongsian paklang ni ye. trimas

Pak Lang Cokelat said...

"orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa" terima kasih atas sokongan yg diberikan...